Khamis, 4 Oktober 2012

Doa untuk anak anak menjadi soleh dan solehah




Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah



اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).



اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ

(Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah)

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).



اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ

(Allahumma barik fihi wanshur minhu)

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.


“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Setiap ibu bapa wajib mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Allaw S.W.T kepada kita dan sudah pasti akan di tanya berkenaan apa dan bagaimana kita mendidik mereka. Jika tersilap didikan anak-anak mungkin boleh mengheret kita masuk ke Neraka. Justeru itu didiklah anak dengan sebaiknya, pentingkanlah agama daripada dunia semata.


“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar”
(Surah al-Anfal, ayat 27-28)


Apa makna anak yang soleh?

Anak yang soleh bermaksud anak yang 'baik'. Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa, tetapi juga anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya Allah anak itu  akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.




“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”.
(al-Anfal: 24)


Cara -cara menjadikan anak soleh dan solehah

1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.

4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;

a) Selalu membaca Al-Quran di rumah

b) Membiasakan solat-solat sunat di rumah

c) Hidupkan budaya memberi salam

d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh

10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita










12 ulasan:

  1. mohon ambil -azam-

    BalasPadam
  2. Assalam.. mohon share dalam blog saya sbg panduan kpd pasangan muda. Terimakasih

    BalasPadam
  3. Terima kasih diatas perkongsian ilmu yang sangat bermakna ini.....

    BalasPadam
  4. Minta izin utk di copy. Terima kasih admin.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum.. Minta izin untuk copy. Sangat berguna dan memudahkan untuk seorang saudara baru seperti saya :) Terima kasih admin.

    BalasPadam
  6. Minta izin utk d share

    BalasPadam

Doa Mohon Perlindungan Allah SWT dari Wabak dan Penyakit Berbahaya Covid19

Maksudnya :  Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Nabi Muham...