Ibadah Haji dan Umrah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا
بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda :
"Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan
Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi,
Nasaie, Ahmad, Ibnu Majah dan Malik
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ
إِنْ دَعَوْهُ
أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ
Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa
baginda telah bersabda :
Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan
rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan
memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan. Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan
al-Baihaqi
عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ
وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي
الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ
الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ
Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW telah
bersabda :
Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah,
sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu drp kepapaan dan dosa,
sebagaimana hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas.
Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Turmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan
Ahmad
عَنْ
عَلِيٍّ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ إِلَى بَيْتِ اللَّهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلَا عَلَيْهِ
أَنْ يَمُوتَ يَهُودِيًّا أَوْ نَصْرَانِيًّا وَذَلِكَ أَنَّ اللَّهَ يَقُولُ فِي
كِتَابِهِ
{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ
حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }
Dari Ali, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa
yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah,
tetapi tidak mahu mengerjakan haji, maka bolehlah dia memilih untuk mati secara
Yahudi atau Nasrani ini kerana Allah telah berfirman dalam kitabnya ....Riwayat Turmizi
{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ
الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }
Pengertian Haji
Haji ialah mengunjungi
Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang
tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.
Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila masa
untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang
tertentu.
Syarat wajib haji
dan umrah:
(a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
(b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.
(b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.
2. Dalil wajib haji ke atas orang yang berkemampuan.
Firman Allah S.WT.
Maksudnya: Dan mengerjakan haji itu wajib atas manusia kerana
Allah, bagi mereka yang berkemampuan mengadakan perjalanan ke Baitullah.
3.
Maksud istitaah @ berkemampuan:
(a) terjamin
keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.
Rukun Haji
- Niat ihram mengerjakan haji
- Wukuf di Arafah
- Tawaf di Kaabah
- Sa'ie di antara Bukit Safa dan
Marwah
- Bergunting atau bercukur rambut
- Tertib pada kebanyakan rukunnya
Rukun
Umrah
- Niat ihram mengerjakan umrah
- Tawaf
- Sai'e
- Bergunting atau bercukur
- Tertib