Sabtu, 25 Julai 2020

Doa Mohon Perlindungan Allah SWT dari Wabak dan Penyakit Berbahaya Covid19



Maksudnya

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat seluruhnya. 

Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Lemah Lembut dan Maha Agong. Tiada Tuhan melainkan Allah, Pentadbir Arash Yang Agong. Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan tujuh petala langit dan Pentadbir Arash Yang Agong. 

Wahai Yang Maha Hidup, wahai yang berdiri dengan sendirinya, dengan rahmat Engkau (Ya Allah) kami mohon perlindungan (3 x) 

Ya Allah ya Tuhan kami, wahai Tuhan yang menyingkapkan segala kegelapan, wahai Tuhan yang melepaskan segala kerunsingan, wahai Tuhan yang mengampunkan dosa bagi sekalian hamba-Nya dan merahmatinya. Wahai Tuhan yang menghalang segala bala bencana, wabak dan keburukan. Hindarkanlah kami Ya Allah, Hindarkanlah kami Ya Allah, Hindarkanlah kami Ya Allah, 

Wahai (Tuhan) Pentadbir sekalian alam, (hindarkanlah kami daripada) segala bala, wabak, dukacita, kepayahan, kesukaran, kecelakaan dan fitnah, apa yang terzahir daripadanya dan tersembunyi. Kami berlindung dengan zat yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan. Kami berpegang dengan Pemelihara/Pentadbir kerajaan yang besar. Dan kami menyerahkan diri kepada zat Yang Maha Hidup dan Tidak Akan Mati. Ya Allah hindarkanlah kami daripada bala bencana, wabak penyakit dan kejahatan yang membinasakan. Ya Allah janganlah Engkau halang segala (kebaikan/pertolongan) yang Engkau miliki, kerana kejahatan yang ada pada diri kami. Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong. Dan selawat (rahmat) Allah SWT kepada penghulu kami Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat seluruhnya, dan Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Amalkan setiap kali selepas solat Fardu. Insya Allah dilindungi Allah SWT😃

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Doa Mohon Perlindungan Allah SWT dari Wabak dan Penyakit Berbahaya Covid19

Maksudnya :  Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Nabi Muham...