1. Doa Murah Rezeki (Edisi Kemas Kini)
Wan Shuhairi Wan Mohamad
RM 3.20
Sinopsis :
Hujan yang turun melimpahkan rahmat
Makanan yang baik dan halal membawa berkat
Perniagaan yang maju mengurniakan nikmat
Zuriat yang baik mendoakan kebahagiaan di akhirat
Rezeki setiap manusia sudah ditentukan Allah
Usaha perlu dikerah
Penyerahan kepada-Nya jalan terindah
Pintalah dengan penuh kerendahan
Pasti Allah akan mengabulkan
Buku kecil ini menghimpunkan koleksi doa-doa murah rezeki yang dipetik daripada ayat al-Quran dan hadis nabi.
2. 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran: Khasiat & Kaifiat Beramal
Ust.Hj.Zahazan Mohamed
RM 19.90
Sinopsis:
Firman Allah s.w.t dalam surah Fathir ayat 15, maksudnya: "Wahai sekalian manusia, kamu semua mengharapkan kepada Allah, sedangkan Allah s.w.t. itu Maha Kaya (dari meminta kepada kamu)."
Kelebihan yang ada pada buku ini ialah setiap doa akan disandarkan kepada keterangan berkaitan latar belakang ayat dan kelebihan beramal dengan ayat-ayat tersebut berdasarkan sumber-sumber daripada kitab-kitab tafsir terkemuka karangan salaf dan khalaf seperti Tafsir Ibn Kathir, Al-Durul Manthur, Al-Qurtubi, Adwa'ul Bayan, fi Zilalil Quran, Al-Baidhawi, Al-Fakhrurrazi, Ibn Abi Hatim dan Al-Tabari
3. Indahnya Amalan Doa: Susuli Kehidupan dan Usaha dengan Doa
(Koleksi Doa Sebagai Senjata Mukmin)
Dato Ismail Kamus
RM 35.00
Sinopsis:
Buku "INDAHNYA AMALAN DOA" dierbitkan sebagai susulan kepada buku beliau INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya.
Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini.
Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serra tidak berdaya maju menjadi seorang yang bemotivasi tinggi dan bekerja keras. malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada "Tuhan" mereka walaupun hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.
Himpunan Doa - Doa Harian dalam bahasa Arab dan Rumi beserta maksud dalam bahasa melayu. Juga beberapa panduan dalam beramal serta tazkirah. Membantu pembaca untuk membaca doa - doa bahasa arab dengan tulisan rumi. Antara doa-doa yang terdapat di blog ini adalah sepert doa qunut (arab dan rumi), doa dhuha, doa selepas solat, doa naik kenderaan dan banyak lagi doa-doa lain.
Langgan:
Catatan (Atom)
Doa Mohon Perlindungan Allah SWT dari Wabak dan Penyakit Berbahaya Covid19
Maksudnya : Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Nabi Muham...

-
Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan s...
-
Doa Supaya diterangkan hati Rumi : Robbisyrohlii Sodrii . Wayasirlii Amrii. Wahlul Ukdatammillisaanii. Yafkohuu Koulii. Mak...
-
DOA SEBELUM MAKAN RUMI "Allahumma baarik lanaa fiimaa rozaqtanaa wa qina'azaabannar". Maknanya :Ya Allah, berkatilah reze...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan