Jumaat, 13 Julai 2012

Doa di Murahkan Rezeki

Doa di Murahkan Rezeki


Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur ke hadratNya, masih lagi sihat dan dapat meneruskan perjalanan hidup ini seperti biasa. Cuma kadangkala menghadapi masalah dengan urusan dunia ini, di antaranya adalah masalah kewangan.. Memang sudah lumrah hidup dunia ini tak dapat dinafikan wanglah yang penting.. untuk meneruskan hidup dengan baik wang jugalah yang diperlukan.. tapi apa yang harus diingat dalam urusan mencari wang itu jangan lupa semuanya datang daripada Allah S.W.T. Kita manusia hanya mampu berusaha dan berikhtiar tapi tuhanlah yang menentukan. Jadi seberapa banyak yang kita dapat bersyukurlah kerana itu adalah pemberian dari Allah S.W.T bukannya dari yang lain. Walaupun ianya daripada majikan, kerajaan ataupun perniagaan bersyukurlah kerana semuanya dari Allah S.W.T... sedikit ataupun banyak... 

Sesudah kita berusaha marilah kita berdoa kepada Allah S.W.T semoga kita dikurniakan rezeki yang cukup dan baik..

1. Doa Nabi Isa Mohon Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم


Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.


2. Doa Supaya Dicukupkan Keperluan

بسم الله الرحمن الرحيم



Maksudnya: ”Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”


3. Doa Semoga Beroleh Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم



Maksudnya: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”

4. Doa Murah Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم


Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”


بسم الله الرحمن الرحيم


Maksudnya: “Dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Doa Mohon Perlindungan Allah SWT dari Wabak dan Penyakit Berbahaya Covid19

Maksudnya :  Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Nabi Muham...