Sabtu, 25 Julai 2020

Doa Mohon Perlindungan Allah SWT dari Wabak dan Penyakit Berbahaya Covid19



Maksudnya

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat seluruhnya. 

Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Lemah Lembut dan Maha Agong. Tiada Tuhan melainkan Allah, Pentadbir Arash Yang Agong. Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan tujuh petala langit dan Pentadbir Arash Yang Agong. 

Wahai Yang Maha Hidup, wahai yang berdiri dengan sendirinya, dengan rahmat Engkau (Ya Allah) kami mohon perlindungan (3 x) 

Ya Allah ya Tuhan kami, wahai Tuhan yang menyingkapkan segala kegelapan, wahai Tuhan yang melepaskan segala kerunsingan, wahai Tuhan yang mengampunkan dosa bagi sekalian hamba-Nya dan merahmatinya. Wahai Tuhan yang menghalang segala bala bencana, wabak dan keburukan. Hindarkanlah kami Ya Allah, Hindarkanlah kami Ya Allah, Hindarkanlah kami Ya Allah, 

Wahai (Tuhan) Pentadbir sekalian alam, (hindarkanlah kami daripada) segala bala, wabak, dukacita, kepayahan, kesukaran, kecelakaan dan fitnah, apa yang terzahir daripadanya dan tersembunyi. Kami berlindung dengan zat yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan. Kami berpegang dengan Pemelihara/Pentadbir kerajaan yang besar. Dan kami menyerahkan diri kepada zat Yang Maha Hidup dan Tidak Akan Mati. Ya Allah hindarkanlah kami daripada bala bencana, wabak penyakit dan kejahatan yang membinasakan. Ya Allah janganlah Engkau halang segala (kebaikan/pertolongan) yang Engkau miliki, kerana kejahatan yang ada pada diri kami. Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong. Dan selawat (rahmat) Allah SWT kepada penghulu kami Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat seluruhnya, dan Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Amalkan setiap kali selepas solat Fardu. Insya Allah dilindungi Allah SWT😃

Ahad, 7 Julai 2019

Penghulu Istighfar (Sayyidul Istighfar) beserta rumi

Sayyidul Istighfar

Bacalah Sayyidul Istighfar paling kurang sekali pada waktu siang dan sekali pada waktu malam. Ini kerana menurut hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus bahawa Rasulullah SAW mengatakan sesiapa yang membacanya pada waktu siang dengan yakin dan meninggal siangnya sebelum malam maka dia adalah ahli syurga dan jika sesiapa membacanya pada waktu malam dengan yakin dan meninggal pada malamnya sebelum pagi maka dia adalah ahli syurga.

Di dalam kitab Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar menaqalkan perkataan Ibn Jamrah yang mengatakan bahawa di dalam hadith ini, Nabi SAW telah menghimpunkan seni makna-makna serta lafaz-lafaz yang indah dan dengan itu melayakkan ia digelar sebagai penghulu segala istighfar.

Berikut adalah bacaannya:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Dalam rumi:

Allahumma anta robbi Laailahailla anta Holaqtani Wa ana abduka Wa ana ala ahdika wawa'dika mastato', A'uzubikan min syarrima Sona', Abu ulaka bini'matika alayya, Wa abu u bizambi faghfirli, Fainnahu la yagfiru zunuba illa anta.

Maksudnya:

"Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. [Riwayat al-Bukhari (6306)]

Khamis, 13 Jun 2019

Doa Menaiki Kenderaan Arab dan Rumi

DOA MENAIKI KENDERAAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ.
 Subhanallazi Sahharolanaa Hazaa Wamaa Kunnalahu Muqriniin, Wa innaa Ila Robbina Lamunqolibuun.

Maksudnya, “Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Maha Suci Tuhan yang memudahkan ini (kenderaan) untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami (di hari Kiamat).

 (al-Zukhruf 13-14)
Supaya tujuan perjalanan kita tertunai, maka bacalah ayat al-Kursi sebagaimana pesanan Rasulullah SAW kepada Saidina Ali,

يا علي: إذا خرجتَ منْ منزلك تريدُ حاجةً فاقْرَأ آية الكرسي، فَإن حاجتك تقضى إن شاء الله تعالى
Yang bermaksud: Wahai Ali, jika kamu keluar dari rumah untuk hajat yang sangat penting maka bacalah ayat al-Kursi nescaya hajat kamu akan tercapai dengan keizinan Allah swt[1].
[1] Dipetik daripada kitab al-Wasoya karangan Muhyiddin Abi Abdullah al-Hatami al-Ta’ie al-Andalusi (Ibnu Arabi)
Sumber:

Selasa, 16 April 2019

Tujuh Anggota Sujud yang wajib anda tahu

Tujuh Anggota sujud yang wajib anda tahu

Tahukah anda bahawa ulama bersepakat bahawa sujud yang sempurna mestilah di atas tujuh anggota. Majoriti mazhab iaitu Hanafi, Maliki dan Syafi'i berpendapat anggota yang wajib hanya satu iaitu dahi.

Kewajipan sujud di atas tujuh anggota ini berdasarkan kepada hadis dari Ibnu Abbas r.a yang bermaksud:

"Aku diarahkan untuk sujud di atas tulang (anggota sujud). Di atas dahi dan baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke atas hidungnya, kedua-dua belah tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki".

Anggota sujud:
1.Dahi
2.Dua tapak tangan
3.Kedua dua lutut
4.Hujung Jari kedua dua kaki

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ahad, 16 Disember 2018

Niat Mandi Wajib Beserta Rumi

Niat Mandi Wajib Rumi



Rumi: Nawaitu rof'al hadasil Akbari Fardo Alayya Lillahi Ta'ala

Maksudnya :

Sahaja aku mengangkat hadas besar fardu atasku kerana Allah Ta'ala.

* Ini adalah salah satu niat yang boleh digunakan untuk mandi wajib yang merangkumi semua sebab-sebab hadas besar.

Cara mandi wajib amat mudah hanya perlu berniat seperti diatas dan kemudian meratakan air keseluruh badan. Pastikan tiada sesuatu yang boleh menghalang air untuk sampai kepada kulit anda seperti cat, pelekat dan sebagainya.

Jika tiada air atau tidak cukup air atau air yang ada diperlukan untuk sesuatu yang lebih penting seperti air untuk bekalan minuman maka anda boleh bertayammum.

Selasa, 14 Julai 2015

Doa Qunut Nazilah Beserta Rumi

Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya.


اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.


Rumi : Allahumma A'izzal Islama walmuslimin, Allahumma Azillasyirka Walmusyrikin, Allahumma Unsur Ihwananal Muslimin Wal Mujahidin Wal Mustad'afin, Fi Falastin, Wa Fi Lubnan, Wa Fi Iraq, Wa Fi kulli makan wafi kulli zaman.


Maksudnya: Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم
Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار
Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين

Isnin, 13 Julai 2015

Tafsir Al-Quran dengan kaedah bi al-Ma’thur.

Berikut adalah sumber-sumber Tafsir Al-Quran dengan kaedah bi al-Ma’thur. 

1)      Tafsir Al-Quran dengan al-Quran
Sebaik-baik cara pentafsiran hendaklah mentafsirkan Al-Quran dengan Al-Quran, kerana perkara yang dijelaskan secara mujmal pada satu ayat diperincikan di ayat yang lain.

Sehubungan itu Ibn Kathir berkata:
“Sekiranya ada orang bertanya, apakah jalan terbaik mentafsir, maka jawapannya ialah Al-Quran itu sendiri.”
Pentafsiran Al-Quran dengan Al-Quran dapat dilihat dari pelbagai sudut antaranya:
a)      Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas.
b)      Pentafsiran secara yang lebih jelas terhadap ayat yang berbentuk menyeluruh “mujmal”. Ayat yang menyeluruh dihuraikan lagi dengan ayat-ayat lain. Sebagai contoh kisah nabi Adam a.s dan Iblis yang dilaknat disebut secara mujmal (menyeluruh) dalam ayat 50 surah al-Kahf:

Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam, Maka sujudlah mereka kecuali iblis. dia adalah dari golongan jin, Maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.

Sujud di sini berarti menghormati dan memuliakan Adam, bukanlah berarti sujud memperhambakan diri, kerana sujud memperhambakan diri itu hanyalah semata-mata kepada Allah.
Ayat ini ada dihuraikan ditempat yang lain iaitu:
(i)                 Surah al-Baqarah ayat 30-39
(ii) Surah al-Araf ayat 11-27
(ii)               Surah al-Hijr ayat 36-50
(iv) Surah al-Isra’ayat 61-65
(v) Surah Sad ayat 67-85

Contoh yang lain pula seperti di dalam surah al-Fatihah ayat yang ketujuh:
(Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka.
Dalam ayat ini golongan yang dikurniakan oleh Allah dengan nikmat Iman disebut secara mujmal (menyeluruh) dijelaskan pula dalam ayat 69 surah al-Nisa’.
Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya.

c)      Pentafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umum
Di dalam Al-Quran juga terdapat ayat-ayat yang maksudnya umum kerana lafaznya menunjukkan kepada makna yang umum sedangkan di dalam ayat yang lain terdapat ayat yang mengkhususkan makna umum yang terdapat dalam ayat tersebut. Memahami ayat dengan makna yang umum tanpa merujuk kepada ayat-ayat yang lain akan menyebabkan fahaman yang salah tentang ayat.

Contoh ayat yang umum ialah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 228:
Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'(Quru’ dapat diartikan Suci atau haidh.)

Kata المطلفات adalah kata nama plural yang menjadi makrifah dengan alif dan lam, zahir ayat menunjukkan setiap wanita yang dicerai hendaklah menunggu iddah mereka selama tiga kali suci tetapi hukum ini dikhususkan dengan ayat yang lain.

Contoh ayat yang mengkhususkan hukum yang umum ini ialah:
Firman Allah SWT dalam surah Al Ahzab ayat 49:
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan- perempuan yang beriman, Kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya Maka sekali-sekali tidak wajib atas mereka ‘iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya. Maka berilah mereka mut’ah dan lepaskanlah mereka itu dengan cara yang sebaik- baiknya.
Apa yang dimaksud dengan mut’ah di sini adalah pemberian untuk menyenangkan hati isteri yang diceraikan sebelum dicampuri. Ayat ini mengkhususkan hukum iddah bagi isteri yang ditalak tetapi belum disetubuhi maka tidak ada iddah baginya. Hukum iddah yang umum dalam surah al-Baqarah bagi wanita yang ditalak dikhususkan dengan ayat-ayat yang lain bagi wanita yang ditalak dari kalangan yang belum disetubuhi, yang menopause atau belum baligh dan yang sedang mengandung.

d)     Pentafsiran melalui ketentuan ikatan (muqayyad) terhadap suatu ayat yang mutlak.
Terdapat beberapa ayat dalam Al-Quran yang menyebut hukum secara mutlak (terbuka) kemudian terdapat di sana ayat mengikat (muqayyad) ayat yang mutlak maka hukum yang muqayyad hendaklah diambil. Contohnya hukum saksi. Hukum saksi disebut secara mutlak dalam dua ayat.

Pertama berkaitan saksi dalam urusan jual beli melibatkan hutang-piutang, sewa menyewa dan sebagainya . Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 282:
(Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu,
Ayat ini menyebut tentang perintah membawa saksi dalam urusan jual beli. Saksi dalam ayat ini disebut secara terbuka tanpa mengira keadaan saksi itu Islam atau kafir, orang yang baik atau fasiq, kanak-kanak atau orang tua, lelaki atau wanita.

Kedua berkaitan saksi ketika mengembalikan harta anak yatim. Firman Allah Taala dalam surah an nisa’ ayat 6:
Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, Maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu).
Ayat ini menjelaskan perintah membawa saksi semasa menyerahkan kembali anak yatim tetapi saksi dalam ayat ini adalah mutlak seperti ayat yang sebelum ini. Ayat yang mutlak ini ditaqyidkan (diikat) dengan saksi bagi wanita yang dirujuk selepas di cerai dan saksi bagi kes wasiat.

Hukum saksi bagi wanita yang dirujuk disebut dalam surah At Talaq ayat 2:
Apabila mereka Telah mendekati akhir iddahnya, Maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu Karena Allah.
Ayat surah al-Talak ini mengikat saksi dengan tiga ikatan iaitu dua orang saksi yang bersifat adil dari kalangan orang Islam.

Hukum yang sama disebut tentang saksi dalam urusan wasiat dalam surah Al-Maaidah ayat 106:
Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, Maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian.
Mengambil orang lain yang tidak seagama dengan kamu sebagai saksi dibolehkan, bila tidak ada orang Islam yang akan dijadikan saksi.


Menurut Imam al-Syafie kesaksian yang mutlak dalam hukum jual beli dan penyerahan harta anak yatim diikat dengan kesaksian berkaitan hukum rujuk dan hukum wasiat, maka saksi dalam urusan jual beli dan penyerahan harta anak yatim hendaklah terdiri dari dua orang saksi yang bersifat adil dari kalangan orang Islam.

2)      Tafsir Al-Quran dengan hadith Rasulullah SAW

Tafsir Al-Quran dengan hadith Rasulullah SAW merupakan cara yang kedua mentafsirkan Al-Quran sekiranya pentafsir tidak mendapat pentafsirannya dari ayat yang lain.

Imam al-Safie menyebutkan: Segala apa yang diberikan hukumnya oleh Rasul saw, maka itu adalah apa yang baginda fahami daripada al-Quran. Firman Allah dalam (Surah al-Nisa 105)
Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang Telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), Kerana (membela) orang-orang yang khianat.
Ayat Ini dan beberapa ayat berikutnya diturunkan berhubungan dengan pencurian yang dilakukan Thu’mah dan ia menyembunyikan barang curian itu di rumah seorang Yahudi. Thu’mah tidak mengakui perbuatannya itu malah menuduh bahawa yang mencuri barang itu adalah orang Yahudi. Perkara ini diajukan oleh kerabat-kerabat Thu’mah kepada nabi SAW dan mereka meminta agar nabi membela Thu’mah dan menghukum orang-orang Yahudi, sekalipun mereka tahu bahwa yang mencuri barang itu ialah Thu’mah, nabi sendiri hampir-hampir membenarkan tuduhan Thu’mah dan kerabatnya itu terhadap orang Yahudi.

Mencari tafsiran daripada hadith adalah berasaskan kepada sabda Rasullullah SAW kepada Muaz bin Jabal ketika baginda mengutus beliau ke Yaman. Baginda bertanya kepada Muaz: “Dengan apa engkau berhukum? Jawabnya dengan kitab Allah?”
Sabda baginda: “ Jika engkau tidak menjumpainya (dalam al-Quran)?”
Jawab Muaz: “Dengan sunnah Rasulullah saw,”
Sabda baginda: “ Jika engkau tidak juga menjumpainya?”
Jawab Muaz: “ Aku berijtihad denganpendapatku.”
Maka rasulullah saw menepuk dada Muaz dan bersabda:
“ Segala puji dan puja hanya bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah dalam perkara yang diredai oleh Rasulullah.”

Pentafsiran hadith kepada Al-Quran dapat dilihat dalam beberapa bentuk iaitu
i)                    Hadith mentafsirkan terhadap ayat-ayat Al-Quran yang mujmal (menyeluruh).
Beberapa perintah dan kewajipan di dalam Al-Quran disebutkan dalam bentuk mujmal tanpa diterangkan cara-cara, syarat-syarat dan rukunnya, maka sunnah berfungsi menerangkan hukum Al-Quran yang mujmal itu.
Sebagai contoh tentang ibadat solat yang wajib ditunaikan mengikut waktunya disebut secara mujmal dalam surah An-Nisa’ ayat 103:
Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
Sunnah berupa kata-kata dan perbuatan berfungsi menjelaskan hukum Al-Quran yang bersifat umum. Daripada hadith kita dapat mengetahui waktu solat, bilangan rakaat, rukun-rukun solat, perkara-perkara sunat, makruh dan membatalkan solat. Sekiranya kita tidak mentafsirkan Al-Quran dengan sunnah dari segi perkataan dan perbuatan maka kita tidak dapat menunaikan rukun Islam solat, puasa, zakat dan haji.

ii)                  Hadith mengkhususkan terhadap sesuatu ayat yang umum
Contohnya dalam firman Allah dalam surah Al An’am ayat 82 :
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman , mereka Itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Perkataan Zulm (kezaliman) dalam ayat ini pada asasnya umum. Semasa turunnya ayat ini para sahabat memahami zalim dalam ayat ini mengikut makna yang umum iaiatu apa jua bentuk dosa dan maksiat sedangkan para sahabat juga tidak maksum, ketika itu mereka bertanya kepada Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam Muslim dan Imam al-Thirmidhi daripada Ibnu Masud berkata:
Apabila turunnya ayat ini:
Para sahabat menjadi kelam-kabut dan mereka berkata kepada Rasulullah saw:
“Siapakah dikalangan kami yang tidak pernah melakukan kezaliman?”
Lalu nabi saw memberi penjelasan, Bukan ini yang dimaksudkan ayat. Tidakkah kamu mendengar pesanan Luqman kepada anaknya:
Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.Surah Luqman ayat 13.
Kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah perbuatan syirik. (Riwayat Imam al-Bukhari,no.34, riwayat Imam Muslim,no.124 dan Imam al-Thirmidhi , no.3067

3)       Tafsir Al-Quran dengan perkataan para sahabat

Tafsir sahabat adalah antara tafsir yang patut diterima dan dijadikan pegangan kerana mereka menerima ilmu secara langsung dari Rasulullah saw. Para sahabat menyaksikan wahyu, mengetahui asbab al-Nuzul dan memiliki kemampuan dalam memahami Al-Quran (Ibn Taymiyyah)
Namun tafsir para sahabat diterima menjadi pegangan dalam tafsir Al-Quran perlulah memenuhi kriteria berikut:
a) Sanadnya baik dan tidak terputus
b) Perawinya bersifat adil dan mempunyai hafalan yang baik
c) Riwayat tidak bertentangan dengan athar sahabat lain yang lebih kuat
d) Riwayat tidak bertentangan dengan hadith nabi yang sahih
e) Tidak bertentangan dengan al-Quran

4)       Tafsir Al-Quran dengan Pandangan Tabiin

Para ulama berselisih pandangan berhubung tafsir Al-Quran dengan pandangan Tabiin adakah ianya termasuk dalam tafsir bi al-Ma’thur atau tidak?
Pandangan yang kuat ialah tabiin termasuk dalam tafsir bi al-Ma’thur kerana mereka adalah murid kepada para sahabat.











Doa Mohon Perlindungan Allah SWT dari Wabak dan Penyakit Berbahaya Covid19

Maksudnya :  Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Nabi Muham...