Khamis, 18 Jun 2015

Tazkirah Ringkas Ramadhan dan Doa Keampunan beserta Rumi

Bulan Ramadhan bulan yang banyak mengandungi keberkatan. Kita sering berdoa untuk keberkatan. Maka rebutlah keberkatan dalam bulan ini.

Ramadhan terbahagi kepada 3 bahagian :

1. 10 hari pertama adalah rahmat
2. 10 hari kedua adalah keampunan
3. 10 terakhir adalah terlepas dari api neraka

Di bulan ramadhan dibukakan kesemua pintu-pintu syurga seluas-luasnya dan ditutup pintu-pintu neraka serapat-rapatnya.

Celakalah kepada sesiapa yang bertemu ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan walaupun sedikit. Oleh itu marilah kita sama sama berusaha mendapatkan keampunannya dibulan Ramadhan bulan yang berkah.

Berikut adalah doa yang dianjurkan untuk memohon keampunan Allah SWT juga merupakan doa jika bertemu lailatul qadar:




Dalam Rumi: Allahumma Innaka 'Afuwwun Tuhibbul 'Afwa Fa'fuanni(seorang)/Fa'fuanna(ramai).

Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya engkau maha pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku ini.

Doa Mohon Perlindungan Allah SWT dari Wabak dan Penyakit Berbahaya Covid19

Maksudnya :  Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Nabi Muham...