Jumaat, 28 September 2012

Doa Kebahagiaan Rumahtangga


Assalamualaikum..

Di bawah ini adalah doa yang baik untuk diamalkan demi kebahagiaan rumahtangga dan keluarga kita..InsyaAllah.. Allah maha pemurah lagi maha Mengasihani


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا



“ROBBANA HAB LANA MIN’ AZWAJINA WA DZURIYYATINA QURROTA A’YUNIN WAJ’ALNA LIL MUTTAQIINA IMAAMAA”.

Maksudnya:

“ Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri  dan anak cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa ”
(Al-FuRqan : 74)

Khamis, 27 September 2012

Ibadah Haji dan Umrah


Ibadah Haji dan Umrah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
"Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Nasaie, Ahmad, Ibnu Majah dan Malik


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ 
إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda :
Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan.  Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda :
Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah, sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu drp kepapaan dan dosa, sebagaimana hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas. Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Turmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ إِلَى بَيْتِ اللَّهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلَا عَلَيْهِ أَنْ يَمُوتَ يَهُودِيًّا أَوْ نَصْرَانِيًّا وَذَلِكَ أَنَّ اللَّهَ يَقُولُ فِي كِتَابِهِ
{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }

Dari Ali, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi tidak mahu mengerjakan haji, maka bolehlah dia memilih untuk mati secara Yahudi atau Nasrani ini kerana  Allah telah berfirman dalam kitabnya ....Riwayat Turmizi
{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }

Pengertian Haji
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.
Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Syarat wajib haji dan umrah:
(a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
(b)
 Berakal  tidak wajib ke atas orang gila.
(c)
 Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d)
 Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e)
 Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.

2.  Dalil wajib haji ke atas orang yang berkemampuan. Firman Allah S.WT.
 Maksudnya:  Dan mengerjakan haji itu wajib atas manusia kerana Allah, bagi mereka yang berkemampuan mengadakan perjalanan ke Baitullah.

3. Maksud istitaah @ berkemampuan:
(a) terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c)
 mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d)
 ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e)
 bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.

Rukun Haji
  1. Niat ihram mengerjakan haji
  2. Wukuf di Arafah
  3. Tawaf di Kaabah
  4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
  5. Bergunting atau bercukur rambut
  6. Tertib pada kebanyakan rukunnya
Rukun Umrah
  1. Niat ihram mengerjakan umrah
  2. Tawaf
  3. Sai'e
  4. Bergunting atau bercukur
  5. Tertib




Doa Selepas Solat Rumi

Doa Selepas Solat




Dalam rumi :

Bis-milla-hirrahma-nirrahim
Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin. Allahumma solliwasallim ‘ala saiyidina Muhammadiw wa’ala a-lihi wasah-bihi ajma ‘in.
Allahumma inna nas-alukal’afwa wal-’afiah, wal-mu’afatad-da-imah, fiddi-ni waddun-ya wal-a-khirah.
Allahumma ah-sin, ‘aqibatana fil-umuri kulliha, wa-ajirna min khizyid dun-ya wa’azabil a-khirah.
Allahumma inna nas-aluka minal khairi kullihi, ‘a-jilihi wa-a-jilihi, ma-’alimna minhu wama lam na’lam. Rabbana a-tina fiddun-ya hasanataw-wafil a-khirati hasanataw-waqina ‘azaban nar.
Wasollallahu ‘ala saiyidina Muhammadiw-wa’ala a-lihi wasahbihi-wasallam. 

Maksudnya :

Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.









Selasa, 25 September 2012

Doa Qunut Rumi

Doa Qunut Rumi

Bismillahir Rohmaanir Rohim..


Allah humah dini fiiman hadait.
Wa’a fini fiiman ‘afait.
Watawallani fiiman tawalait.
Wabarikli fiimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadoit.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Wainnahu layadzilumau walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta robbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqodhoit.
Waastaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Maksudnya :

Ya Allah, berilah aku petunjuk seperti orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, berilah kesihatan sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri kesihatan, pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin, berilah berkah pada segala apa yang Engkau berikan kepadaku, dan peliharalah aku dari kejahatan yang telah Engkau tetapkan, sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan, tidak ada yang menetapkan atas Engkau, tidak akan hina akan orang yang Engkau beri kekuasaan, dan tidak akan mulia orang-orang yang Engkau musuhi, Maha berbahagia Engkau, Maha Luhurlah Engkau, segala puji untukMu atas sesuatu yang telah Engkau tetapkan, aku mohon keampunan Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau, semoga Allah mencurahkan rahmat serta salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan para sahabat.

'Doa Qunut Rumi'

Doa Qunut bahasa Arab



Hukum membaca doa qunut dalam solat fardhu subuh adalah sunat muaqad iaitu sunat yang dituntut. Jika terlupa atau tertinggal perlu digantikan dengan sujud sahwi selepas membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam. 


Doa Taubat dalam rumi

Doa Taubat dalam rumi

BismillahirRahmanirRahim..

Robbigh Firlii Warhamni Watubb A'layya Innaka Antat Tauwabur Rahim...



رَب اﻏْﻔِﺮْ ﻟِﻲ وَارْﺣَﻤْﻨِﻲ وَﺗُﺐْ ﻋَﻠَﻲﱠ إِﻧﱠﻚَ أَﻧْﺖَ اﻟﺘﱠﻮﱠابُ اﻟﺮﱠﺣِﻴﻢ

Ya Tuhan ampunilah dan sayangilah aku dan terimalah taubatku , sesungguhnya Engkau
Maha penerima Taubat dan Maha Penyayang



Astaghfirullahal A'zim Allazi Lailaa Hailla Hual hayyul qayyum wa atubuu Ilaih..

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

Isnin, 24 September 2012

Doa Agar Berjaya Beserta Rumi



Doa Agar Berjaya Dalam Pelajaran dan Mencapai Cita-cita yang diinginkan dan dipermudahkan urusan.








Rumi: Robbana Atinaa Min Ladunnka Rohmah Wahayyiklanaa Min Amrinaa Rosyadaa


Maknanya: Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan sediakanlah petunjuk untuk kami (dalam menyelesaikan) urusan kami. Amin..

Man Jadda Wa Jadda -> bermaksud Siapa yang berusaha dia akan berjaya.

Berusahalah bersungguh-sungguh semoga anda berjaya. Berdoalah sentiasa kepada Allah SWT kerana Dialah yang menentukan segalanya.
Disertakan bersama bacaan dalam rumi semoga dipermudahkan.
Terima kasih.

Khamis, 20 September 2012

BANTAHAN FILEM INNOCENCE OF MUSLIM DAN KARTUN NABI MUHAMMAD S.A.W

BANTAHAN FILEM INNOCENCE OF MUSLIM DAN KARTUN NABI MUHAMMAD S.A.W

SAYA SEBAGAI SEORANG UMAT ISLAM MEMBANTAH DENGAN SEKERAS-KERASNYA DENGAN PENGELUARAN FILEM TERSEBUT DAN JUGA KARTUN NABI MUHAMMAD YAND DITERBITKAN OLEH AKHBAR MINGGUAN PERANCIS BARU-BARU INI!








Rabu, 12 September 2012

HIMPUNAN DOA-DOA HARIAN


HIMPUNAN DOA-DOA HARIAN
DOA HARIAN
01  DOA KETIKA HENDAK TIDUR


Doa Sebelum Tidur

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Maksudnya : 
dengan nama mu Ya Allah aku hidup dan aku mati..
Sebelum itu bacakan surah tiga Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Annas dan surah Al-Falaq
beserta ayat kursi.. InsyaAllah dipelihara Allah semasa tidur..

02  DOA KETIKA BANGUN TIDUR




الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.


03  DOA KETIKA MEMAKAI PAKAIAN


اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا وَرَزَقَنِيْ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku pakaian ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan upaya dariku.


04  DOA KETIKA MEMBUKA PAKAIAN


بسم الله الرحمن الرحيم
بِسْمِاللهِ الَّذِى لاَاِلَهَ اِلاَّهُو

Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia (Allah)

Doa Pendinding dari Sihir

Doa Pendinding dari Sihir 1





Maksudnya:

''Rasul telah beriman kepada Al-quran yang diturunkan kepadanya dari TuhanNya, Demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah,Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-Nya (Mereka mengatakan)  " kami tidak membeda-bedakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan " kami dengar dan kami taat", (mereka berdoa) "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada engkaulah tempat kami kembali'' (285)

Maksudnya:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) " Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami janganlah engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan orang-rang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yangkami tak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kamiterhadap kaum yang kafir" (286)

Doa Pendinding dari Sihir 2





Doa Pendinding dari Sihir 3



Doa Pendinding dari Sihir 4



Selain daripada doa-doa di atas ini banyak lagi doa yang boleh diamalkan untuk melindungi diri daripada gangguan sihir. Untuk ayat-ayat shifa boleh layari http://www.rawatanislam.com/ayat-syifa.html.

Sekian Wassalam..


Jumaat, 7 September 2012

Doa doa rumi


DOA SEBELUM MAKAN RUMI

"Allahumma baarik lanaa fiimaa rozaqtanaa wa qina'azaabannar".

Maknanya :Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau rizqikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa api neraka



DOA SEBELUM TIDUR RUMI

"Bismika Allaahumma ahyaa wa amuut "

Maknanya : Dengan nama Engkaulah ya Allah aku hidup dan aku mati



DOA BANGUN DARI TIDUR RUMI

"Alhamdulillahil lazi ahyaana ba’da maa amaatana wa ilaihin nusyur"

Maknanya : Segala puji bagai Allah yang menghidupkan kami setelah dimatikan (yakni tidur) dan kepadaNya kami semua akan kembali.

DOA MASUK TANDAS RUMI

"Allahumma Inni A'uu zubika minal hubusi wal hobaiz"

Maknanya :Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina

DOA PENERANG HATI RUMI

"Robbisyrohli sodri wayassirli amri wahlul ukdatam millisani yafkahu kauli"

Maknaya : Wahai Tuhanku! lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bukalah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapanku.

DOA UNTUK ANAK-ANAK  DAN ISTERI RUMI

" Robbana Hablana Min Azwa Jina Wazurriyatina Qurrata A'yun Waja'alna Lil Muttaqina Imaama"


“ Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri  dan anak cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa ”
(Al-FuRqan : 74)

DOA MENAIKI KENDERAAN RUMI

" Subhanallazi Sahharolana Haza Wama Kunnalahu Mukrinin, Wa Inna Ila Rabbina Lamunqolibuun.."

Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.

(Az-Zukhruf : 13-14)








Rabu, 5 September 2012

Doa Untuk Temuduga

Doa Untuk Temuduga


1. Al- Fatihah

2.







Maksudnya :

Ya Allah Ya Tuhanku aku memohon kepadaMu akan kebaikan pada pekerjaan ini dan apa-apa kebaikan yang ada padanya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari keburukan pekerjaan ini dan apa jua keburukan yang ada padanya.

3. Ayat seribu dinar 


Maksudnya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Doa Iftitah

Doa Iftitah




'Doa Iftitah rumi'

Allahuakbaru kabiraw-walhamdu lillahi kathiraw-wasubhanallahi bukrataw-wa-asila.Wajjahtu wajhia lillazi fataras samaa-wati wal-ardha hanifam-muslimaw-wama ana minal-musyrikin. Inna solati wanusuuki wamahyayaa wamamaati lillahi rabbil-’alamin. La syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin.

Allah maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.

'Doa Iftitah'

Doa Qunut

Doa Qunut



Maksudnya :

Ya Allah, berilah aku petunjuk seperti orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, berilah kesihatan sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri kesihatan, pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin, berilah berkah pada segala apa yang Engkau berikan kepadaku, dan peliharalah aku dari kejahatan yang telah Engkau tetapkan, sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan, tidak ada yang menetapkan atas Engkau, tidak akan hina akan orang yang Engkau beri kekuasaan, dan tidak akan mulia orang-orang yang Engkau musuhi, Maha berbahagia Engkau, Maha Luhurlah Engkau, segala puji untukMu atas sesuatu yang telah Engkau tetapkan, aku mohon keampunan Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau, semoga Allah mencurahkan rahmat serta salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan para sahabat.

'Doa Qunut'


Selasa, 4 September 2012

Doa doa Pengasih


Doa doa Pengasih

Doa ini baik untuk diamalkan, untuk kasih sayang suami isteri atau yang ingin mendapatkan kekasih hati..InsyaAllah..






Maksudnya:
"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)



Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya".      (Surah Yassin ayat 36)


Allah S.W.T. Maha Pengasih Maha Penyayang mintalah dan mohonlah hanya dari Allah. Janganlah mencari jalan lain untuk mendapatkan kekasih seperti ilmu pengasih daripada bomoh dan dukun. Sesungguhnya syirik itu amat berat di sisi Allah S.W.T.

Memang banyak ilmu pengasih yang ada diluar sana tetapi kebanyakannya adalah salah disisi agama Islam. Dari itu jauhkanlah diri anda dari ilmu pengasih seperti itu.






Sabtu, 1 September 2012

Doa untuk anak nakal


Doa untuk menangani anak yang nakal

  1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu anak tersebut tidur
  2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk
  3.  Selalu berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak
  4. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu
  5. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
  6. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar
  7. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
  8. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
  9. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang  bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
  10. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku."
Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

  • Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
  • Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
  • Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
  • Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
  • Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali
Insyaallah dengan berdoa selalu, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

Doa Mohon Perlindungan Allah SWT dari Wabak dan Penyakit Berbahaya Covid19

Maksudnya :  Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Nabi Muham...