Khamis, 27 September 2012

Doa Selepas Solat Rumi

Doa Selepas Solat




Dalam rumi :

Bis-milla-hirrahma-nirrahim
Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin. Allahumma solliwasallim ‘ala saiyidina Muhammadiw wa’ala a-lihi wasah-bihi ajma ‘in.
Allahumma inna nas-alukal’afwa wal-’afiah, wal-mu’afatad-da-imah, fiddi-ni waddun-ya wal-a-khirah.
Allahumma ah-sin, ‘aqibatana fil-umuri kulliha, wa-ajirna min khizyid dun-ya wa’azabil a-khirah.
Allahumma inna nas-aluka minal khairi kullihi, ‘a-jilihi wa-a-jilihi, ma-’alimna minhu wama lam na’lam. Rabbana a-tina fiddun-ya hasanataw-wafil a-khirati hasanataw-waqina ‘azaban nar.
Wasollallahu ‘ala saiyidina Muhammadiw-wa’ala a-lihi wasahbihi-wasallam. 

Maksudnya :

Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.









18 ulasan:

  1. salam..sy slalu baca doa selepas solat doa yg ni..tp tgok ramai baca doa yg mcm lain dari ni..maaf sy br blajar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. kalau saudara dah selalu baca doa ni baguslah, InsyaAllah saya akan masukkan beberapa doa lain untuk saudara dan pembaca lain. Terima Kasih

      Padam
  2. SEMOGA ALLAH MEMBERI RAHMAT DAN HIDAYAH KEPADA PENULIS. ALHAMDULILLAH BANYAK DOA-DOA YANG TERDAPAT DIDALAM BLOG INI BANYAK MEMBERI MANFAAT DARI SEGI PEMBELAJARAN KAMI SEKELUARGA.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,,boleh tlg terjemahkan maksudnya??
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dkt atas tu disertakan dgn maksudnya skali

      Padam
  4. Assalamualaikum w.b.t :) .. boleh tlg terjemahkan mksdnya?? kalau kita tahu mksudnya lebih afdal . :) .

    BalasPadam
  5. assalam..sy mohon syerrr

    BalasPadam
  6. assalam.....mohon maaf jika saya yang silap...cuma mahu kepastian yang mana satu betul...(punyai sedikit kekeliruan antara rumi dan jawi) ‘a-jiliji wa-a-jilihi,(rumi) & 'a-jilihi wa-a-jilihi,(jawi)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam.. maafkan saya typo .. yang benarnya seperti yang arab.. Terima kasih

      Padam
    2. Assalamualaikum mohon diperbetulkan oleh admin..sebab tadi ada saya guna untuk disharekan. Nasib baik saya perhatikan balik ada kekhilafan tadi..semoga ilmu yang manfaat ini mendapat kerahmatan daripada Allah s.w.t untuk hamba-hamba-Nya. Sekian terima kasih..

      Padam
    3. Waalaikum Salam .. Sekali lagi maafkan saya.. sudah saya perbetulkan..Terima kasih

      Padam
  7. Salam...sy mencelah sikit..ambil la doa yg ade mendoakn ibu bapa kita sekali..terputus lh hubungan antara yg hidup dn yg mati melainkn 3 perkara..satunya doa anak yg solih...doa lah sebanyak yg boleh..insaallah di makbulkn allah

    BalasPadam
  8. saya suka dengan doa doa yang di rumi kan ianya mudah difaham .. minta perbanyak kan lagi..

    BalasPadam
  9. saya suka doa doa yang di rumi kan saya harap perbanyak kan lagi.. terima kasih..

    BalasPadam
  10. Alhamdullillah...semoga ALLAH SWT merahmati penulis dan pembaca......kesalahan dan kesilapan memang tak lari dari kita sebagai makhluk ciptaan Nya yang cukup lemah....bagi penulis perbanyakan lagi bahan untuk tatapan pembaca...kita sama sama beristikhomah dalam mencari ilmu Allah,,,,insyaallah,,amiiin.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..ada juga org yg prihatin...trimas krana sudi bg tunjuk ajar...semoga Allah memberkati org yg bg doa ni..

    BalasPadam

Doa Mohon Perlindungan Allah SWT dari Wabak dan Penyakit Berbahaya Covid19

Maksudnya :  Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Nabi Muham...