Ahad, 7 Julai 2019

Penghulu Istighfar (Sayyidul Istighfar) beserta rumi

Sayyidul Istighfar

Bacalah Sayyidul Istighfar paling kurang sekali pada waktu siang dan sekali pada waktu malam. Ini kerana menurut hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus bahawa Rasulullah SAW mengatakan sesiapa yang membacanya pada waktu siang dengan yakin dan meninggal siangnya sebelum malam maka dia adalah ahli syurga dan jika sesiapa membacanya pada waktu malam dengan yakin dan meninggal pada malamnya sebelum pagi maka dia adalah ahli syurga.

Di dalam kitab Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar menaqalkan perkataan Ibn Jamrah yang mengatakan bahawa di dalam hadith ini, Nabi SAW telah menghimpunkan seni makna-makna serta lafaz-lafaz yang indah dan dengan itu melayakkan ia digelar sebagai penghulu segala istighfar.

Berikut adalah bacaannya:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Dalam rumi:

Allahumma anta robbi Laailahailla anta Holaqtani Wa ana abduka Wa ana ala ahdika wawa'dika mastato', A'uzubikan min syarrima Sona', Abu ulaka bini'matika alayya, Wa abu u bizambi faghfirli, Fainnahu la yagfiru zunuba illa anta.

Maksudnya:

"Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. [Riwayat al-Bukhari (6306)]

Khamis, 13 Jun 2019

Doa Menaiki Kenderaan Arab dan Rumi

DOA MENAIKI KENDERAAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ.
 Subhanallazi Sahharolanaa Hazaa Wamaa Kunnalahu Muqriniin, Wa innaa Ila Robbina Lamunqolibuun.

Maksudnya, “Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Maha Suci Tuhan yang memudahkan ini (kenderaan) untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami (di hari Kiamat).

 (al-Zukhruf 13-14)
Supaya tujuan perjalanan kita tertunai, maka bacalah ayat al-Kursi sebagaimana pesanan Rasulullah SAW kepada Saidina Ali,

يا علي: إذا خرجتَ منْ منزلك تريدُ حاجةً فاقْرَأ آية الكرسي، فَإن حاجتك تقضى إن شاء الله تعالى
Yang bermaksud: Wahai Ali, jika kamu keluar dari rumah untuk hajat yang sangat penting maka bacalah ayat al-Kursi nescaya hajat kamu akan tercapai dengan keizinan Allah swt[1].
[1] Dipetik daripada kitab al-Wasoya karangan Muhyiddin Abi Abdullah al-Hatami al-Ta’ie al-Andalusi (Ibnu Arabi)
Sumber:

Selasa, 16 April 2019

Tujuh Anggota Sujud yang wajib anda tahu

Tujuh Anggota sujud yang wajib anda tahu

Tahukah anda bahawa ulama bersepakat bahawa sujud yang sempurna mestilah di atas tujuh anggota. Majoriti mazhab iaitu Hanafi, Maliki dan Syafi'i berpendapat anggota yang wajib hanya satu iaitu dahi.

Kewajipan sujud di atas tujuh anggota ini berdasarkan kepada hadis dari Ibnu Abbas r.a yang bermaksud:

"Aku diarahkan untuk sujud di atas tulang (anggota sujud). Di atas dahi dan baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke atas hidungnya, kedua-dua belah tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki".

Anggota sujud:
1.Dahi
2.Dua tapak tangan
3.Kedua dua lutut
4.Hujung Jari kedua dua kaki

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Doa Mohon Perlindungan Allah SWT dari Wabak dan Penyakit Berbahaya Covid19

Maksudnya :  Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Nabi Muham...