Rabu, 19 Oktober 2011

Doa Sebelum Tidur

Doa Sebelum Tidur

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Maksudnya : 
dengan nama mu Ya Allah aku hidup dan aku mati..
Sebelum itu bacakan surah tiga Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Annas dan surah Al-Falaq
beserta ayat kursi.. InsyaAllah dipelihara Allah semasa tidur..

Jika mengalami mimpi-mimpi buruk bacalah doa ini :

أَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ
Maksudnya : 
Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari perbuatan syaitan dan buruknya mimpi
                

Ahad, 16 Oktober 2011

Doa Apabila Menghadapi Tekanan (Stress)


Ini adalah doa yang baik untuk mereka yang menghadapi stress. Mudah dihafal dan diamalkan. Maklumlah memang biasa kita menghadapi tekanan dalam hidup ini. Anggaplah semua itu ujian dan mohonlah segala kebaikan daripada NYA. Doa ini diambil daripada darussifa.org banyak lagi panduan-panduan doa di sana.

Selain daripada doa di atas amalkanlah menyebut nama Allah 'YA SALAM' yang bermaksud yang maha sejahtera semoga kita akan dikurniakan kesejahteraan sentiasa dan 'YA SOBUR' iaitu yang maha sabar semoga kita peroleh kesabaran darinya. 

Perbanyakkan juga membaca Al-Quran kerana Al-Quran itu adalah penenang jiwa..



Doa Mohon Perlindungan Allah SWT dari Wabak dan Penyakit Berbahaya Covid19

Maksudnya :  Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Nabi Muham...